Tiada kompromi dalang seludup PATI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.

- Advertisement -

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan juga tidak akan berkompromi dan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang terlibat bersekongkol dengan penyeludupan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

“Kita tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang terlibat bersekongkol dengan aktiviti penyeludupan PATI ini,” ujarnya.

Ismail berkata, Operasi Benteng (Ops Benteng) mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan lain-lain.

“Dari 1 Mei hingga semalam, seramai 910 PATI dan 158 tekong telah ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutamanya melalui lorong-lorong tikus.

“Turut ditahan adalah 21 individu yang disyaki sebagai penyeludup serta 18 buah kapal,” katanya pada sidang media harian PKPP, hari ini.

Sementara itu, PDRM juga telah membuat 70 sekatan jalan raya Ops Benteng di seluruh negara dan memeriksa sebanyak 42,200 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus.

“PDRM telah menahan sebanyak 26 warga asing semalam di sekitar jalan raya ops benteng di atas kesalahan imigresen,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/6/2020

- Advertisement -