PKR mula rasa kejahatan hati perut DAP

- Advertisement -

MELALUI suluhan al-Quran PAS memutuskan hubungan dengan DAP yang sebelum itu bersama PAS dalam PR. Sehingga kini saya sangat bersyukur kepada Allah kerana memilih saya untuk membacakan Usul Dewan Ulamak Pusat yang mengusulkan hubungan Tahaluf Siyasi dengan DAP diputuskan.

Rata-rata pimpinan PKR dan ahli PKR menghentam PAS kerana memutuskan hubungan dengan DAP. Macam-macam mereka kata kat PAS. Politik PAS politik dangkal, tiada wawasan politik, Ulamak PAS mengheret PAS ke belakang dan macam-macam lagi. PKR… Kami nak beritahu kamu. Keputusan Dewan Ulamak PAS mengusulkan putus Tahaluf dengan DAP itu bukan dibuat sambil-sambil hisap rokok tepi tandas awam.

- Advertisement -

Usul itu datang dari ulamak yang menyuluhnya dengan suluhan ad-Deen dan realiti semasa. Sebab itu Usul kami diterima sebulat suara oleh perwakilan Dewan Ulamak dan perwakilan muktamar penuh. Tiada seorang pun yang baling kerusi kerana tak setuju.

Kini kamu rasalah bagaimana penangan kejahatan hati perut DAP. Dengan bangga DAP yang kamu tatang mengeluarkan statement bersetuju Tun jadi PM dan tak menyokong Anwar untuk kerusi itu. Itulah beza berpolitik dengan suluhan al-Quran berbanding berpolitik dengan suluhan nafsu dan ketamakan. Maaf pedih sikit.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 19/6/2020

- Advertisement -