Covid-19: Tangguh sementara tuntutan royalti

- Advertisement -

TUMPAT: Mengambil kira kekangan kewangan yang terpaksa ditanggung kerajaan Persekutuan berikutan wabak Covid-19, tuntutan bayaran royalti petroleum ditangguh sementara waktu.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kerajaan Kelantan tidak berhasrat untuk menuntut royalti minyak dalam keadaan sekarang.

- Advertisement -

Katanya, keputusan itu diambil memandangkan negara sedang melakukan pemulihan ekonomi yang tentunya memerlukan peruntukan begitu besar.

“Sebelum ini sudah ada tanda-tanda kerajaan PN untuk melayani tuntutan Kelantan berhubung perkara itu (royalti).

“Namun disebabkan ekonomi negara dalam keadaan tidak baik kerana wabak Covid-19 yang melanda dunia, Kelantan terpaksa menangguhkan sementara hasrat itu.

“Kita faham dengan keadaan yang berlaku hari ini dengan krisis kewangan dan kesihatan yang masih belum selesai,” katanya.

Beliau berkata demikia ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada pesakit kronik dan peralatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Pusat Khidmat Dun Pasir Pekan Wisma Ibadurrahman, di sini semalam.- HARAKAHDAILY 19/6/2020

- Advertisement -