COVID-19: 70 sembuh, 6 kes baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 70 kes sudah sembuh dari jangkitan Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,070 atau 94.55 daripada keseluruhan kes.

- Advertisement -

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak enam kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,535 keseluruhan kes.

“Daripada enam kes tersebut, empat kes merupakan penularan tempatan yang melibatkan empat kes adalah warganegara Malaysia dan tiada kes melibatkan warga asing.

“Dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan,” katanya pada sidang media hari ini.

Berikutan itu, ia menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 344 kes.

Hingga kini, ada tiga kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, tiada kematian baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, ini bermakna jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 121 atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan.- HARAKAHDAILY 19/6/2020

- Advertisement -