Covid-19: 127 pulih, 14 kes baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 127 kes sudah sembuh dari jangkitan Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,000 atau 93.8 daripada keseluruhan kes.

- Advertisement -

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 14 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,529 keseluruhan kes. 

“Daripada 14 kes tersebut, 11 kes merupakan penularan tempatan yang melibatkan empat kes adalah warganegara Malaysia dan tujuh kes adalah warga asing.

“Tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Demikian itu, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 408 kes.

Hingga kini, ada empat kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, tiada kematian baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, ini bermakna jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 121 atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan.- HARAKAHDAILY 18/6/2020

- Advertisement -