Bil TNB: Penyelesaian dialu-alukan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh menghargai tindakan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam memberi kemudahan dan memahami kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat.

Beliau berkata demikian atas tindakan TNB yang membenarkan bayaran tunggakan secara ansuran berikutan rentetan tidak puas hati dari orang ramai di media sosial berkenaan kenaikan caj bayaran elektrik yang dikenakan.

Malah, pihak TNB juga tidak membuat potongan bekalan elektrik sekiranya orang ramai tidak membuat bayaran dan tempoh tersebut diberikan sehingga Disember 2020.

- Advertisement -

Kata Nuridah, kerajaan hari ini dilihat amat prihatin terhadap keluhan rakyat dan sebaliknya berusaha bagi mencari jalan penyelesaian demi kesejahteraan rakyat.

“Dalam usaha menangani kemelesetan ekonomi dalam jangka masa panjang. Kerajaan sangat prihatin terhadap kesihatan, kebajikan dan perangsangan ekonomi,” katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, beliau berkata, kesediaan kementerian dan suruhanjaya tenaga mencari penyelesaian tuntas amat dialu-alukan.

“Sekiranya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak yang mempunyai solusi dapat menghantar memorandum cadangan kepada pihak berkenaan,” katanya.

Beliau turut berharap proses rundingan tersebut dapat disegerakan dan berjalan dengan baik dan lancar.- HARAKAHDAILY 18/6/2020

- Advertisement -