ADUN PKR Johor, MalaysiaKini terang-terang derhaka

- Advertisement -

MALAYSIAKINI melaporkan ADUN PKR Bukit Batu, Johor Jimmy Puah mendedahkan Sultan Johor telah menggagalkan usaha PH mengambil-alih Kerajaan Negeri Johor dengan ancaman untuk membubarkan DUN Johor.

Perenggan 12 laporan portal berita itu menyebut:

“……..Sultan Ibrahim mengancam untuk membubarkan DUN Johor.”

Perkataan ‘mengancam’ yang digunakan seolah menggambarkan Tuanku Sultan Johor sewenang-wenang mengganggu proses demokrasi. Ia seakan menuduh Tuanku sebagai kuku besi dan zalim iaitu satu tuduhan yang berat dan penuh durhaka.

- Advertisement -

Sedangkan titah asal Tuanku bermaksud setelah kerajaan baru PN terbentuk, jangan lagi ada perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat kerana Tuanku bimbang kesannya ke atas rakyat dan Negeri Johor.

Tuanku bukannya kejam tetapi meletakkan kepentingan rakyat dan negeri di hadapan. Titah Tuanku:

“Saya tidak akan boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan.”

Tidakkah bakal berlaku kucar-kacir jika baru beberapa hari kerajaan terbentuk, ada pula usaha merobohkan kerajaan itu?

Memang wajar Tuanku bubarkan Dewan jika ia berlaku, ia bukannya ancaman tetapi tindakan rasional seorang Raja berdaulat yang membela rakyat dan negerinya.

Jika benar Puah berkata demikian maka jelas beliau telah menuduh Tuanku mengganggu proses demokrasi satu tuduhan yang biadab dan terang-terang durhaka.

MalaysiaKini juga melalui laporan itu jelas mahu menghasut pemikiran rakyat dan mengadu-domba antara orang politik, rakyat dan Istana. MalaysiaKini juga durhaka.

Mohon pihak berkuasa dan kerajaan negeri ambil tindakan.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 18/6/2020

- Advertisement -