PH pakatan yang tidak pernah tenang

- Advertisement -

PH adalah sebuah pakatan yang tidak pernah tenang. Pakatan yang hanya wujud satu kesepakatan sahaja, iaitu menjatuhkan Dato’ Seri Najib (DSN). Selain itu tiada satu persepakatan pun pernah wujud antara mereka. Hatta kesepakatan melantik Perdana Menteri (PM) pun mereka gagal mencapai kata sepakat yang sebenar apatah lagi kesepakatan menggarap sebuah manifesto yang benar-benar mampu menjaga kepentingan rakyat.

Benarlah kata-kata Tun Mahathir yang mengatakan Manifesto PH dibentuk sebelum PRU14 dalam keadaan mereka tidak menjangka PH akan menang. Dalam erti kata yang lain manifesto itu lebih bersifat try and error. Bukan sebuah manifesto yang lahir dari perancangan yang benar-benar rapi dan jujur untuk membantu rakyat. Bagi menutup kelemahan itu maka setiap hari mereka akan salahkan Kerajaan Umno terdahulu.

- Advertisement -

Tun Mahathir dipilih sebagai PM pun atas dasar untuk mempergunakan Tun bagi menarik sokongan rakyat kepada PH. Mudah katanya Tun hanya dijadikan batu tangga tempat berpijak untuk PH naik ke atas dan menggulingkan DSN dan Umno. Selepas itu Tun terus ditekan saat demi saat agar mengosongkan kerusi PM untuk diberi laluan kepada Anwar yang dikenali lebih Liberal daripada Tun. Asakan itu akhirnya membawa kepada peletakan jawatan Tun. Sejak awal, saya tidak pernah percaya yang Tun akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar. Kerana perlu diingat Tun juga banyak dosa kepada Anwar dan tidak semudah itu Anwar akan melupai dosa Tun kepadanya, lebih-lebih lagi kalau Anwar sudah memegang jawatan PM. Walaupun berkali-kali Anwar berkata perbuatan jahat Tun kepada beliau hanya sebuah luka kecil, namun saya tidak percaya Tun akan percaya dengan kata-kata itu.

Kini PH terus bergolak. dalam masa PH mendakwa cukup kerusi untuk menggulingkan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY), maka setiap kali itu juga akan ada Ahli-ahli Parlimen PKR akan keluar dari PKR dan seterusnya memberikan sokongan kepada Kerajaan PN. Biarlah saya sebutkan di sini bahawa jika ada kesepakatan di kalangan parti-parti komponen PH bersetuju melantik Anwar kalau mereka berjaya menggulingkan TSMY, pastinya team Tun tidak akan bersetuju. Begitu juga sebaliknya. Hal ini sedang kita saksikan berlakunya percakaran kedua-dua team itu lebih-lebih lagi selepas statement Dr Maszlee yang mengatakan kerusi PM bukan mutlak milik Anwar. Selepas statement itu saya cuba membuka _facebook-facebook orang kuat Anwar, ternyata rata-rata mereka tidak puas hati dan kembali menyerang Dr Maszlee sekali gus serangan kepada Tun.

Kemampuan dan kejayaan PN memimpin negara khususnya dalam menghadapi COVID-19 serta sentiasa membantu rakyat dengan berbagai insentif-insentif kebajikan menjadikan nama PH semakin pudar dari bibir rakyat. Igauan ngeri rakyat berada di bawah PH selama 22 bulan benar-benar merombak keyakinan rakyat kepada PH. Apatah lagi satu demi satu pembohongan PH selama menjadi kerajaan terbongkar. Ketenangan TSMY memimpin negara menghadapi gelora politik dan COVID-19 menjadi penyumbang besar kepada keyakinan rakyat terhadap PN. Kedewasaan Kerajaan PN benar-benar terserlah berbanding politik kebudak-budakan PH. Ayuh kita membantu perkukuhkan PN.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 17/6/2020

- Advertisement -