Covid-19: 140 pulih, 10 kes baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 140 kes sudah sembuh dari jangkitan Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 7,873 atau 92.3 peratus daripada keseluruhan kes.

- Advertisement -

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 10 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,515 kes. 

“Daripada 10 kes tersebut merupakan penularan tempatan yang melibatkan tiga kes adalah warga asing dan tujuh kes adalah warganegara Malaysia.

“Tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan,” katanya pada sidang media hari ini.

Demikian itu, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 521 kes.

Hingga kini, ada empat kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, tiada kematian baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, ini bermakna jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 121 atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan.- HARAKAHDAILY 17/6/2020

- Advertisement -