5 ‘mim’ membentuk pendukung Islam

- Advertisement -

TAMBUN: Perjuangan PAS menjulang kedaulatan Islam di negara Malaysia ini bukanlah bersifat kepentingan peribadi sebaliknya setiap anggota parti mesti sentiasa mendisiplinkan diri dengan tarbiyah Islam.

- Advertisement -

Yang DiPertua PAS Kawasan Tambun, Ustaz Mat Salleh Said menegaskan bahawa setiap pendokong perjuangan Islam mesti mematuhi 5 ‘mim‘ yang dikupasnya dalam pengajian ilmu di Taman Hiburan, Ipoh, di sini semalam.

“Mim yang pertama adalah Mubai’ah iaitu perlu berbai’ah (berjanji taat setia) dengan Allah, (ia) akan mengingatkan kita bahawa dalam setiap tindak tanduk kita, ada Allah yang memerhati integriti kita dalam memperjuangkan Islam.

“Pusing kot mana pun, mim kedua jangan tinggal, iaitu Mujahadah (bersungguh-sungguh). Ketiga adalah Muraqabah (mendekatkan diri) iaitu kita mesti yakin bahawa Allah itu dekat dengan kita,” kongsinya.

Dalam menerangkan Muraqabah, beliau tegas mengingatkan jemaah bahawa Allah mengetahui setiap kesusahan yang dilalui oleh para hamba-Nya ketika berjuang.

Selain itu, Ustaz Salleh yang juga merupakan Penyelaras DUN Hulu Kinta menyambung bahawa ‘mim’ yang keempat adalah Muhasabah (semak diri) di mana ia diumpamakan seperti perisai.

“Macam tuan-tuan pergi berperang, kita semua nak ada perisai, bila kita nampak kawan kita perisai dia dah tercabut, kita segera bantu dia, tepis serangan musuh, lindungi dia.

“Begitulah muhasabah. Bila kita nampak sahabat kita lemah, kita bantu dia. Jangan kerja nak perbahan (mengejek) dia nanti, siapa bahan (ejek), aku ketuk (pukul),” selorohnya.

Menutup ucapannya beliau berkongsi bahawa ‘mim’ yang kelima adalah Mu’akhabah iaitu disiplin diri dalam membawa panji Islam kerana ia merupakan perjuangan dari generasi ke generasi.

“Kita lihat dari zaman mana pun, pasti akan ada ‘team’ yang memperjuangkan Islam. Hari ini, kita adalah salah satu dari mereka yang Allah pilih,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 17/6/2020

- Advertisement -