30 hari PN memerintah Kedah dengan lancar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membayangkan betapa rakyat negeri itu menerima baik peralihan kerajaan negeri itu di mana segala urusan pentadbiran berlaku dengan lancar.

- Advertisement -

Malah, beliau sendiri dan anggota EXCOnya melalui tempoh 30 hari ini dengan penuh semangat untuk meneruskan agenda-agenda baru dan lama yang baik di mana sebulan ini dirasakannya amat padat sekali.

“Daripada lepas Subuh sampai tengah malam, Allah Taala beri saya nafas yang cukup. Dengan kerjasama semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, ADUN-ADUN, para pegawai kerajaan, memberi kerjasama yang sangat baik kepada Kerajaan Perikatan Nasional ini.

“Saya nampak mereka gembira dengan perubahan ini. Jabatan-jabatan pun kembali bernafas laju untuk melakukan penambahbaikan kepada pentadbiran. Saya benarkan proses pentadbiran, undang-undang itu berjalan dengan lancar tanpa gangguan.

“Kita beri kebebasan macam mana depa mengaji, depa belajar, bagaimana mengawal pentadbiran ini diberi fungsi dengan baik, mengembalikan hak kepada yang berhak, melaksanakan tanggungjawab kepada orang yang bertanggungjawab.

Kita tidak ada berlaku cross, kerja dia kita pergi buat, petak dia kita pergi mengalahlah. Petak kita, kita tak mengalah. Kita tak mahu berlaku benda macam itu,” kongsinya semasa sidang media selepas mesyuarat mingguan di Wisma Darul Aman, Alor Setar, sebentar tadi.

Tambahnya, dalam 30 hari ini beliau dapat menguasai hampir semua sektor yang penting kerana Pejabat Menteri Besar dikunjungi orang setiap hari dari awal pagi hingga menjelang waktu Maghrib.

“Balik sampai rumah, orang itu ini di rumah pula. Malam saya buat mesyuarat. Lepas balik mesyuarat malam itu, ada lagi orang. Maknanya orang suka dengan kerajaan. Nak habaq, nak beritahu, nak bercerita, nak tanya, nak cadang, kita terbuka.

Alhamdulillah, Allah beri ruang ini kepada depa dan kepada kita. Semoga ada kebaikanlah kepada proses ini semua,” ujarnya bersyukur. – HARAKAHDAILY 17/6/2020

- Advertisement -