Ustaz Idris, Balasubramaniam angkat sumpah Senator

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad serta Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N.Balasubramaniam selamat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) di Dewan Negara hari ini.

- Advertisement -

Ustaz Idris Ahmad, 56, dan Balasubramaniam mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran bersama tiga lagi individu lain iaitu Tan Sri Dr Rais Yatim, Tan Sri Mohd Radzi Sheih Ahmad serta Muhammad Zahid Md Arip.

Kelima-lima individu ini merupakan lantikan baharu yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dewan Negara mempunyai 70 senator dengan 26 dilantik oleh 13 negeri, manakala 44 lagi dilantik Yang di-Pertuan Agong termasuk dua bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu untuk Wilayah Persekutuan Labuan.- HARAKAHDAILY 16/6/2020

- Advertisement -