Masyarakat bukan-Islam tetap dibela oleh PAS

- Advertisement -

DEWAN Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sabah hari ini melahirkan rasa syukur atas pelantikan Pengerusi DHPP PAS Pusat, YB Senator Balasubramaniam a/l Nachiappan sebagai Senator yang baru mengangkat sumpah hari ini.

Ini sebagai satu petunjuk bahawa PAS sebenarnya tidak pernah bersifat prejudis kepada masyarakat bukan-Islam.

Sejak saya bersama dengan PAS sebenarnya itulah yang saya rasakan. Ahli dan pimpinan PAS tidak pernah meminggirkan suara masyarakat bukan-Islam. Malah dalam beberapa keadaan masyarakat Islam diberikan kepercayaan untuk memegang jawatan tertentu dalam kerajaan seperti yang berlaku di Kelantan dan Terengganu.

- Advertisement -

Saya amat yakin pelantikan YB Balasubramaniam ini akan memberikan keyakinan masyarakat untuk terus berjuang dalam arena politik bersama PAS dan pasti ia juga akan menghakis salah faham terhadap PAS.

Secara peribadi saya mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana terus memberi kepercayaan kepada masyarakat bukan-Islam dan saya sendiri amat yakin PAS mempunyai peluang yang amat cerah diterima oleh semua masyarakat di Malaysia khususnya di Negeri Sabah.

SATAIL MAJUNGKAT
Pengerusi
Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sabah
16 Jun 2020 – HARAKAHDAILY 16/6/2020

- Advertisement -