Kenapa si sepet nama ‘omputih’ yang jadi pilihan

- Advertisement -

FEBRUARI 2015, saya pernah membuat komen terhadap si sepet yang menggunakan nama omputih, atas kenyataannya menghina Islam. Antaranya mendakwa khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) mempromosikan ekstremisme.

Komen saya jadi viral. Dipetik oleh laman sosial Ultra Kiasu. Ultra Kiasu kata saya rasis sebab menggunakan istilah sepet. Peliknya, ramai pula yang menonton filem sepet. Tidak pula dikatakan rasis.

Hakikatnya, sejak JAKIM (BAHEIS) ditubuhkan, tidak pernah sama sekali JAKIM mengeluarkan kenyataan menghina bukan-Islam, apatah lagi menganiayai. Rata-rata kita lihat JAKIM begitu meraikan orang bukan-Islam, sehingga kadangkala tenggelam identiti Melayu Islam itu sendiri.

- Advertisement -

Kini, saya terkejut beruk, apabila si sepet ini dilantik sebagai ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM). Kepakaran komunikasi dan multimedia apa yang beliau miliki sehingga dilantik menjadi ahli majlis.

Apakah kita sudah ketandusan pakar sehingga terpaksa memilih si sepet Ultra Kiasu ini. Apakah lambakan universiti kita yang ada sudah kekurangan pakar komunikasi dan media.

Jika beliau tidak mengguris hati kami, kita tak kisah sangat. Lantiklah siapa pun. Tetapi, apabila kenyataan beliau begitu mengguris dan menghiris, tiba-tiba dilantik, apa alasan apa?

Sebelum ini, si sepet ini turut dilantik sebagai wakil Malaysia dalam Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) antara 15 ahli MPKM. Dah lah dia menghina Islam, dilantik pula menjadi wakil negara. Tidakkah ini akan merosakkan imej negara di persada Antarabangsa?

Wahai menteriku! Bertindaklah secara bijaksana ketika rakyat mula menaruh harapan kepada PN. Kita tidak menafikan wakil bukan-Islam, tetapi lantiklah mereka yang tidak mengguris dan menghiris hati kita.

Saya pun sepet juga, tetapi masih kekalkan keturunan sepet saya iaitu TEE, kerana saya tetap sepet sampai bila-bila kerana inilah indahnya ciptaan Allah. Tak teringin pula nak letak nama omputih macam Ultra Kiasu ini.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 16/6/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -