Semua rumah ibadat bukan Islam dibenar beroperasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk membenarkan semua rumah ibadat bukan Islam beroperasi diseluruh negara dengan pematuhan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurut Menteri Kanan (Keselematan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, sebanyak 5,230 rumah ibadat dibenarkan operasi seperti biasa dengan syarat kehadiran pengunjung atau penganut agama hendaklah satu pertiga daripada kapasiti sebenar.

- Advertisement -

“Mesyuarat khas hari ini bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada kesemua rumah ibadat bukan islam untuk beroperasi di seluruh negara, tidak lagi 171, akan tetapi kesemuanya.

“Sebanyak 5,230 rumah ibadat dan mereka boleh beroperasi pada hari dan masa seperti biasa, seperti sebelum PKP diperkenalkan, dan kehadiran adalah satu pertiga daripada jumlah sebenar, tertakluk kepada keluasan rumah ibadat tersebut,” ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan hanya membenarkan 171 rumah ibadat bukan islam beroperasi di seluruh negara dengan hari, dan masa yang ditetapkan.

Bagaimanapun katanya, perkara tersebut juga bergantung kepada negeri masing-masing dan boleh diubah suai mengikut kesesuaian situasi dengan mementingkan SOP seperti pemeriksaan suhu, penjarakkan sosial dan sebagainya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini.- HARAKAHDAILY 15/6/2020

- Advertisement -