Kunjungan Muslimat PAS hargai anggota PDRM

- Advertisement -

PASIR SALAK: Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Salak telah menzahirkan penghargaan buat anggota barisan hadapan negara (frontliners) dengan mengadakan kunjungan di Balai Polis Kampung Gajah, di sini baru-baru ini.

- Advertisement -

Ia juga sebagai menyatakan solidariti dan sokongan atas mereka membentengi pertahanan negara dari COVID-19 tanpa menghiraukan keselamatan diri dan sanggup meninggalkan keluarga berkorban jiwa dan raga.

Ketua Muslimat PAS Pasir Salak, Jamaliah Sudin berkata, seluruh anggota pasukan itu termasuk beberapa agensi lain telah bertungkus-lumus siang malam, serta berhujan dan berpanas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selain ucapan terima kasih, diucapkan juga selamat datang dan selamat bertugas kepada Ketua Balai Polis, Inspektor Nawawi Halias yang baru sahaja ditugaskan di Balai Polis Kampung Gajah,” ujarnya.

Menurutnya juga lawatan tersebut dalam rangka menjalin kerjasama kedua pihak dapat diteruskan dengan baik antara PAS Kawasan dan juga Dewan-Dewan terutama dalam merealisasi slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Sempena pertemuan yang disambut dengan baik dan penuh kemesraan ini juga pihak Muslimat PAS Pasir Salak telah menyerahkan buah tangan dua biji kek diberikan sebagai tanda penghargaan.

Rombongan ini turut disertai Timbalan dan Naib Ketua serta Setiausaha dan Bendahari Muslimat PAS Pasir Salak, Ustazah Masitah Shafie, Ustazah Siti Mariam Hassan, Azlina Ibrahim dan Khadijah Sharei. – HARAKAHDAILY 15/6/2020

- Advertisement -