Kontak rapat pelajar dari Mesir negatif Covid-19

- Advertisement -

KOTA BHARU: Seramai 44 kontak rapat kepada empat pelajar dari Universiti Al Azhar Mesir yang positif Covid-19 baru-baru ini, disahkan negatif penyakit itu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Zaini Hussin berkata, kesemua kontak rapat seramai 44 orang dari keluarga mangsa telah menjalani saringan dan didapati negatif.

- Advertisement -

“Alhamdulillah kita sudah mengesan kesemua kontak rapat empat pelajar Mesir yang positif Covid-19 sebaik tiba di Kelantan baru-baru ini.

“Kesemua pelajar berkenaan kini menjalani rawatan di Hospital Tumpat dan mereka tidak bergejala sebagaimana pesakit lain,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas di Bilik Gerakan, Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Dr Zaini berkata, walaupun kontak rapat tersebut negatif daripada wabak berkenaan, namun mereka perlu menjalani proses kuarantin di rumah masing-masing selama dua minggu.

Ditanya mengenai keadaan pelajar berkenaan katanya, mereka dalam keadaan stabil dan sedang menjalani rawatan di Hospital Daerah Tumpat.- HARAKAHDAILY 15/6/2020

- Advertisement -