Sambutan Aidil Fitri ‘drive-thru’ ADUN Bukit Pasir

- Advertisement -

PAGOH: Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Pasir dengan kerjasama PAS Kawasan Pagoh telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri secara konsep ‘pandu-lalu’ (drive-thru) yang selari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

- Advertisement -

Program unik yang bertujuan mengeratkan silaturahim itu telah membuat edaran duit raya dan juadah kepada pengguna jalan raya berhadapan Inasya Café, di sini semalam.

Sambutan demikian yang julung kali diadakan ini juga sebagai meraikan kemeriahan Aidil Fitri yang memenuhi prosedur operasi standard (SOP) aktiviti sosial selaras ketetapan di bawah PKP.

Adun Bukit Pasir, Kapten (B) Najib Lep mengetuai keraian tetamu dan penduduk setempat yang memeriahkan majlis, selain membantu kelancaran pemberian juadah kepada pengguna jalan raya.

Beliau sendiri bersempena majlis ringkas ini turut menyampaikan duit raya khusus kepada 15 guru PASTI Pagoh, sekali gus sebagai menyatakan penghargaan atas jasa dan peranan para pendidik ini.

Hadir sama Yang DiPertua PAS Pagoh, Abd Somad Surip dan Ketua Muslimat PAS Pagoh, Miswati Ibrahim serta pimpinan dan ahli PAS Kawasan Pagoh. – HARAKAHDAILY 14/6/2020

- Advertisement -