PAS Pasir Salak rai ‘frontliners’ sempena Aidil Fitri

- Advertisement -

PASIR SALAK: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Muslimat PAS Kawasan Pasir Salak telah melaksanakan program menyantuni anggota barisan hadapan negara (frontliners) di Klinik Kesihatan Ulu Dedap, di sini baru-baru ini.

- Advertisement -

Program yang juga bersempena Aidil Fitri ini adalah sebagai tanda penghargaan terima kasih atas pergorbanan masa dan tenaga serta komitmen mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Sumbangan turut diberikan kepada pegawai perubatan dan kakitangan kesihatan yang disampaikan oleh Ketua Muslimat PAS Pasir Salak, Jamaliah Sudin seperti barangan dapur serta istimewanya juadah lemang dan rendang.

“PAS Pasir Salak tiada ilmu dan kemahiran dalam bidang perubatan, jadi kami membantu dengan cara lain yakni mencari dan dan memberi.

“Malah boleh dikatakan keseluruhan penduduk Pasir Salak dan juga pelbagai saluran dari pihak kerajaan, Majlis Perwakilan dan ADUN, NGO dan individu yang ingin memberi sumbangan,” katanya lagi.

Turut bersama dalam menjayakan program ini Yang DiPertua PAS Pasir Salak, Ustaz Jamaludin Yahya dan Pengerusi LKK PAS Pasir Salak, Rohizal Jamali Shaari serta Pengerusi LKK Muslimat PAS Pasir Salak, Rohani Ahmad. – HARAKAHDAILY 14/6/2020

- Advertisement -