Lawan-kawan Umno: Fahami fiqh dari kalam ATGNA

- Advertisement -

SAYA selalu memerhatikan facebooker PH. Mereka cuba mewujudkan tanggapan bahawa PAS selepas Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz (ATGNA) adalah PAS yang sudah kehilangan arah. PAS di era Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) adalah PAS yang sama sekali lain dari PAS yang dulu. Sekali gus mereka cuba menjustifikasikan pengkhianatan yang dilakukan oleh bekas-bekas pimpinan PAS yang kini menerajui PAN. Antara poster yang sering mereka viralkan ialah “peringatan ATGNA agar tidak berbaik dengan Umno”. Dengan poster itu juga mereka cuba menjarakkan kembali PAS-Umno.

Mereka cuba melupakan netizen bahawa ATGNA juga pernah berkata kalau “Umno menerima Islam sebagai dasar perjuangan kita (PAS) bersedia menerima Umno”. Bukankah kedua-dua kalam itu seperti berlawanan. Kalau dalam ilmu Usul Fiqh dinamakan Ta’arud al-adillah. Iaitu dua dalil yang zahirnya seperti berlawanan. Cara memahaminya ulamak Jumhur (Syafi’yyah, Malikiyyah dan Zahiriyyah) akan menggunakan pendekatan;

- Advertisement -

(1) Jam’u wa taufiq.
(2) Tarjih.
(3) Naskh.
(4) Tasaquth dalilain.

Manakala Ulamak Hanafiyyah pula menggunakan pendekatan;

(1) Naskh.
(2) Tarjih.
(3) Jam’u wa Taufiq.
(4) Tasaquth dalilain.

Dalam dua statement ATGNA itu hendaklah di’Jam’u wa Taufiq’ iaitu dengan dihimpunkan kedua-dua agar kedua-duanya diterima. iaitu dengan kata “kita tidak akan menerima Umno selamanya (Selagi Umno tidak menerima Iskam sebagai dasar perjuangan) tapi apabila Umno menerima Islam, maka kita bersedia berbaik dengan Umno”.

Perlu diingat bahawa ketika TGNA memegang jawatan sebagai Mursyidul Am PAS, TGHH adalah Presidennya. ATGNA adalah Ulamak dan TGHH juga adalah Ulamak. Maka sudah tentu orang yang paling memahami kedua-dua statement ATGNA itu ialah TGHH. Mustahil pimpinan PAN yang lari dari PAS itu lebih faham statement TGNA. Boleh diterima akal ke orang yang jauh dengan TGNA dan bukan pula ulamak lebih memahaminya?

Apa tak kenanya langkah TGHH membawa PAS bekerjasama dengan Umno demi agama, bangsa dan negara. Bahkan penegasan dibuat oleh TGHH bahawa ATGNA bersetuju langkah kerjasama dengan Umno ketika beliau masih hidup. Ada pemimpin PH nak nafikan? Siapa kamu? Kalau dah khianat itu tunggu sajalah akibatnya tak payah cari alasan kononnya kamu lebih kenal ATGNA berbanding TGHH.

Insya-Allah status saya ini tak panas kalau yang baca itu tak gila isim.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankua Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 13/6/2020

- Advertisement -