PASTI Al-Jauhar jayakan operasi sanitasi, nyahkuman

- Advertisement -

PONTIAN: Pengurusan PASTI Al-Jauhar dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian serta Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Pontian telah menjalankan operasi sanitasi dan nyahkuman, di sini semalam.

- Advertisement -

Dengan kekuatan 10 anggota AMAL Pontian, guru-guru dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan PASTI Al-Jauhar, proses sanitasi dan nyahkuman di semua sembilan PASTI Al-Jauhar telah dilaksanakan dengan jayanya.

Usaha ini bertujuan sebagai persediaan bagi memastikan tahap kebersihan premis serta keselamatan guru dan murid lebih terjamin sekiranya sesi persekolahan dibenarkan untuk kembali beroperasi dalam masa terdekat.

Perkembangan tersebut memandangkan laporan semasa COVID-19 telah menunjukkan keupayaan barisan hadapan negara hampir telah dapat membendung sepenuhnya penularan wabak tersebut di negara ini.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Pontian, Ustaz Faizulhakim Ahmad memantau dan memastikan pergerakan dan operasi sanitasi tersebut tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan berjalan dengan lancar.

Dalam peringatannya, beliau menasihatkan pengurusan PASTI dan guru-guru PASTI untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan premis masing-masing serta mengamalkan kebiasaan baharu sesuai dengan saranan daripada kerajaan.

Operasi sanitasi dan nyahkuman berakhir selepas Zohor dengan sedikit cenderahati turut diberikan kepada semua anggota dan petugas yang membantu menjayakan operasi ini. – HARAKAHDAILY 11/6/2020

- Advertisement -