Pemuda PAS gesa SPRM siasat Guan Eng, Tommy

- Advertisement -

PEMUDA PAS Pulau Pinang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini terhadap bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, berhubung pembatalan pembekuan akaun bank milik seorang taikun hartanah.

- Advertisement -

Berdasarkan pendedahan surat Tommy Thomas kepada Lim Guan Eng bertarikh 14 Jun 2019 yang telah tular di media sosial, Pemuda PAS percaya bahawa wujudnya penyalahgunaan kuasa oleh Lim Guan Eng, atas jawatannya pada ketika itu dan cuba mencampuri urusan siasatan dan mempengaruhi Jabatan Peguam Negara.

Oleh itu, Pemuda PAS Pulau Pinang hari ini mengambil inisiatif dengan membuat laporan ke atas Lim Guan Eng di Pejabat SPRM Cawangan Pulau Pinang.

Kami percaya bahawa perkara ini akan disiasat oleh pihak SPRM dengan seadil-adilnya dan didakwa sekiranya terbukti ada unsur jenayah penyalahgunaan kuasa berlaku dalam kes ini.

Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang juga percaya pendedahan ini adalah suatu yang amat mengejutkan dan berkemungkinan akan membuka kepada lebih banyak skandal dan kes rasuah yang dilakukan sepanjang tempoh Pakatan Harapan memerintah.

Kami berharap agar suatu siasatan yang telus dan tegas dilakukan berikutan pendedahan ini mengikut lunas undang-undang dan kuasa yang sedia ada.

Sekian,

USTAZ HANIF HARON
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 10/6/2020

- Advertisement -