100 Hari PN: Rakyat gembira

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan di bawah naungan Perikatan Nasional (PN) dilihat mampu menstabilkan negara sepanjang 100 hari memerintah.

- Advertisement -

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad, ini bermaksud tiada pertelingkahan di antara komponen yang terbentuk, sebaliknya kerjasama yang ditunjukkan dalam memerangi pandemik Covid-19.

“Kerajaan yang stabil mampu mewujudkan ketenangan dan keyakinan rakyat walaupun dengan hanya majoriti bersama, kesepaduan komponen ini menyebabkan rakyat semakin yakin, gembira dan akhirnya terlahir sebuah kerajaan yang stabil.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan konflik Pandemik Covid-19 ini dilihat berjaya menyusun dan merancang dalam membawa negara Malaysia dengan begitu bersepadu di bawah pimpinan beliau,” katanya.

Dalam pada itu katanya, hari ini jelas mampu dilihat dari segi pasaran saham telah menunjukkan tanda yang baik serta kedudukan matawang Malaysia mengukuh ke arah positif setelah kerajaan Perikatan Nasional memerintah.

Selain itu katanya, wabak Covid-19 sebenarnya memberikan impak yang sangat besar jika gagal diuruskan dengan baik.

Contohnya kata beliau seperti yang berlaku di Amerika Syarikat dan Eropah sekiranya gagal diuruskan dengan baik ia akan memberikan kesan menyeluruh kepada negara.

“Namun, kejayaan pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM260 bilion dan juga pakej PENJANA yang diumumkan baru-baru ini benar-benar dilihat mencakupi segala segmen keperluan ekonomi negara.

“Jadi ini antara contoh bagaimana pakej rangsangan ekonomi yang begitu berkesan yang diberikan kerajaan untuk mengatasi masalah pasca Covid-19,” ujar beliau.

Jelas beliau, ini membuktikan bahawa kerajaan yang dipimpin oleh kerajaan Perikatan Nasional hari ini mampu menguruskan wabak ini dengan begitu baik dan sehingga ke hari ini, negara sudah berada di fasa pemulihan untuk mengeluarkan Malaysia sepenuhnya daripada wabak ini.- HARAKAHDAILY 10/6/2020

- Advertisement -