100 hari penuh ketenangan

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah melahirkan rasa syukur kepada Tuhan kerana sepanjang pemerintahan 100 hari Perikatan Nasional (PN) tiada sebarang isu besar melibatkan perkauman atau isu sensitif melibatkan mana-mana pihak di Malaysia.

Kerajaan di bawah PN boleh memberi fokus kepada pengurusan secara profesional bagi membendung pandemik COVID-19 dan kejayaannya sudah berjaya dilihat oleh seluruh masyarakat.

Saya lihat masyarakat di mana sekalipun begitu gembira dengan pentadbiran yang ada termasuklah para pengguna media sosial yang saya pasti sebilangan besar adalah terdiri daripada golongan anak-anak muda.

- Advertisement -

Segala keputusan melibatkan sebarang pakej rangsangan ekonomi dan inisiatif ketika negara berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19 ini mendapat reaksi yang sangat positif daripada masyarakat umum.

Saya beranggapan ini sebagai petanda baik dan gabungan dalam PN yang menerajui kerajaan sekarang bersifat mesra rakyat dan mengambil berat semua aspek berkaitan kestabilan negara.

Saya jangkakan keadaan negara akan terus kukuh dan aman damai di bawah pentadbiran PN dan sekiranya rantaian pandemik ini dapat ditangani, ekonomi negara akan berjaya diurus dengan sangat baik oleh barisan kepemimpinan negara.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah
10 Jun 2020 – HARAKAHDAILY 10/6/2020

- Advertisement -