100 hari pentadbiran TSMY cemerlang

- Advertisement -

SAAT Perikatan Nasional mengambilalih Kerajaan Persekutuan akibat kegagalan dan ketidakstabilan Pakatan Harapan, ramai yang skeptikal mampukan Tan Sri Muhyiddin Yassin mentadbir negara dengan cemerlang serta berjaya keluar dari bayangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sekian lama menjadi Perdana Menteri Malaysia.

- Advertisement -

Tambahan pula ketika runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan, wabak pandemik Covid-19 telah mula menular didalam negara.

Kisah jumlah hutang negara yang digembar-gemburkan hingga mencecah angka yang tidak masuk akal mula menerjah ke setiap pelusuk masyarakat yang mula menggambarkan keperitan yang bakal dihadapi oleh Kerajaan Perikatan Nasional

Rata-rata penganalisa politik dalam dan luar negara mula sinis dan tertanya-tanya apakah Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu membawa Malaysia keluar dari cabaran yang sedang melanda negara dan menongkah arus kekusutan politik negara untuk menstabilkan negara sekaligus membawa keluar negara dari cabaran yang memungkinkan beliau gagal sebagai Perdana Menteri.

Wabak pandemik Covid-19 menyaksikan banyak negara menghadapi tekanan ekonomi mahupun politik termasuk untuk mengimbangi keperluan sosio ekonomi rakyat mahupun negara.

Istilah Lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang digunapakai negara banyak merencatkan pertumbuhan ekonomi negara didunia termasuk Malaysia.

Perseteruan dan kecelaruan politik dalam negara turut mampu dilihat menambah resepi kegagalan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin. 100 hari berlalu, kesemuanya mampu dihadapi dengan jayanya.

Malaysia saat ini telah mula mengorak langkah dengan pelan “exit“ Covid-19 untuk keluar dari perintah kawalan pergerakan.

Pelan bantuan untuk rakyat, usahawan dan rangsangan ekonomi telah mula disusun dan dilaksanakan untuk merancakkan kembali ekonomi negara dan rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Pakej tersebut mendapat liputan meluas dan turut mendapat pujian dalam dan luar negara. Malah Malaysia turut mendapat pengiktirafan dunia atas usahanya mengawal penularan wabak Covid-19.

100 hari pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya diberikan pujian dan diiktiraf cemerlang.

Rata-rata rakyat kelihatan cukup berpuas hati dengan pretasi Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri walaupun cuba diberikan pelbagai tanggapan dan telahan buruk kepadanya oleh musuh-musuh politiknya.

Oleh itu, wajar diklasifikan bahawa 100 hari pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin cukup cemerlang, kecemerlangan yang mampu menutup agenda buruk musuh politiknya yang berusaha untuk menjatuhkannya dengan pelbagai cara.

Dengan ini wajar sekalian rakyat bersama mendokong dan menyokong pentadbirannya agar lebih berjaya dan maju demi masa depan negara dan rakyat keseluruhannya.

YB HAJI AWANG SOLAHUDIN HASHIM, Timbalan Menteri Sumber Manusia

YB HAJI AWANG SOLAHUDIN HASHIM.
Timbalan Menteri Sumber Manusia.
AJK PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 10/6/2020

- Advertisement -