Kes Guan Eng profil tinggi

- Advertisement -

KANGAR: Pemuda PAS Perlis berharap siasatan segera dilakukan terhadap bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng berikutan tular surat daripada bekas Peguam Negara Tommy Thomas.

Naib Ketuanya Ustaz Mohd Ridzuan Hashim berkata, kes berprofil tinggi itu perlu disiasat dengan teliti untuk dijadikan pengajaran kepada semua pemimpin negara.

- Advertisement -

“Kita bukan hanya menuduh membuta tuli selagi seseorang itu belum dibuktikan bersalah,” katanya lagi ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Arau hari ini.

Baru-baru ini tular surat bertarikh 14 Jun 2019 di media sosial berhubung jawapan Tommy kepada Guan Eng bagi melepaskan akaun bank milik seorang yang berpangkat Dato’ yang dibekukan SPRM.- HARAKAHDAILY 9/6/2020

- Advertisement -