Selepas ini giliran Din Ayub pula

- Advertisement -

BENARKAH ada pemimpin PAN nak keluar parti, masuk BERSATU dan menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN)?

Ramai orang PAN tidak percaya demikian juga orang-orang PAS dan Umno. Tetapi sesiapa yang mengenali pemimpin ini tidak menolak kemungkinan beliau berpotensi meninggalkan rakan-rakannya dalam PH dan PAN.

Beliau ini dalam PRU lalu bertanding dan menang 2 kerusi Parlimen dan DUN di Johor. Ada yang menjanjikan kiranya PH menang di Johor beliaulah calon MB-nya. Beliau berharap sangat begitu. Tetapi bila menang dan malah ramai calon PAN menang di Johor, nama beliau dilangkau kononnya nak beri peluang pada BERSATU, kononnya nak jadi Menteri Pusat.

- Advertisement -

Beliau ini antara pemimpin PAN yang paling kurang menyerang PN dan PAS. Beliau tidak IKRAM dan tidak juga Syiah sebab itu sukar berenang dalam PAN. Demi memupuk kekuatan politik Melayu Islam sewajarnyalah beliau keluar tinggalkan PH dan PAN.

Salahuddin Ayub ada menafikan. Tetapi angin sepoi-sepoi bahasa bertiup beliaulah orangnya. Masih ada masa untuk memperbetulkan keadaan sahabat. Buanglah yang keruh ambil yang jernih.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 8/6/2020

- Advertisement -