Dirgahayu Tuanku

- Advertisement -

MERAFAK Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Sembah Tahniah kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda pada Isnin, 16 Syawal 1441 Hijrah bersamaan 8 Jun 2020 Masihi.

- Advertisement -

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memimpin Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda dengan taufik dan hidayahNya diatas singgahsana sebagai Ketua Negara yang menjadi lambang kedaulatan Islam sebagai agama rasmi bagi persekutuan, menaungi kehidupan rakyat demi menyuburkan ketaatan serta mengharmonikan perpaduan buat negara Malaysia.

Dipanjatkan setulus doa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dilanjutkan usia dan senantiasa dalam keadaan sihat walafiat.

“Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi
16 Syawal 1441 Hijrah | 08 Jun 2020- HARAKAHDAILY 8/6/2020

- Advertisement -