Sukan rekreasi dibuka, ikut SOP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Beberapa jenis sukan dan rekreasi turut akan dibuka semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP).

- Advertisement -

Demikian kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan perutusan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, ini juga termasuk latihan persediaan pasukan permainan sukan, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain

Sementara itu kata beliau, aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga turut dibenarkan.

Namun katanya, antara aktiviti yang masih tidak dibenarkan ialah seperti pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam, sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bolasepak, bola keranjang dan hoki.

Selain itu ujarnya lagi, selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik turut akan dibenarkan.

“Jadi saudara-saudari bolehlah membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu setelah hampir 3 bulan tidak ke mana-mana.

“Bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara kita masih ditutup,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 7/6/2020

- Advertisement -