PKPP: Pub, kelab malam tidak dibenarkan operasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Memasuki fasa pemulihan menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) beberapa aktiviti dan sektor yang sebelum ini tidak dibenarkan akan dilonggarkan atau dibuka.

Namun, menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelonggaran itu akan dibuat berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan.

- Advertisement -

“Umpamanya, waktu operasi perniagaan akan kembali seperti biasa dengan pelaksanaan kebiasaan baharu yang melibatkan pemilik premis dan pelanggan.

” Penjarakan sosial, penggunaan penutup muka di tempat awam dan
membasuh tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer merupakan kebiasaan baharu yang mesti diamalkan,” katanya dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut memaklumkan bahwa sesi persekolahan
akan dibuka secara berperingkat setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

Katanya, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman terperinci mengenainya sedikit masa lagi.

Jelasnya, walaupun banyak kelonggaran dibuat, ia tidak bermakna
tiada lagi sebarang sekatan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengawal penularan Covid-19.

Menurutnya, terdapat beberapa aktiviti atau sektor masih dilarang dalam tempoh PKPP ini.

“Antaranya, pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara dan rumah terbuka.

“Serta apa-apa aktiviti lain yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP.- HARAKAHDAILY 7/6/2020

- Advertisement -