Pemandu mabuk membunuh: Apa solusinya?

- Advertisement -

KISAH pemandu mabuk langgar mati mangsa cukup banyak berlaku di sepanjang pentadbiran PH kononnya dianggap strategi media oleh pihak tertentu untuk memburuk PH.

- Advertisement -

Malah pasca peralihan kepada Perikatan Nasional, ramai netizen pro PH berbunyi sunyi lah sekarang tiada pula yang mabuk langgar orang dengan nada sindiran bahawa anggapan mereka dahulu tepat iaitu media sengaja memburuk PH.

Namun kini sebenarnya media di zaman parti mana pun tetap mendedahkan tragedi kematian akibat dilanggar pemadu mabuk.

Terkini yang meruntun hati sebahagian besar kepimpinan negara adalah kes Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31 dilanggar pemandu Toyota Hilux yang memandu dalam keadaan mabuk di sekatan jalan raya Op Covid-19 berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS. Arwah dihimpit kenderaan Hilux berkenaan.

Tindakan terhadap beliau cukup pantas dan tersebar luas kerana ia isu yang turut menarik perhatian dan simpati Yang di-Pertuan Agong kita.

Rentetan kemalangan itu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail.

Antara tindakan yang telah dan sedang diambil :

-Direman bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-Akan disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
-Disiasat juga di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.
-Akan didakwa di bawah Peraturan 3(1) Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020.
-Akan dituduh mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 26(1) akta sama kerana memandu di bawah pengaruh alkohol serta memandu tanpa lesen sah.
-Akan dituduh mengikut Seksyen 26(1) Akta Polis 1967 kerana tidak berhenti di sekatan jalan raya.

Kematian Sofwan dianggap menyemarak kembali sentimen sedih dan hiba rakyat terhadap pengorbanan pejawat awam dan pasukan keselamatan menjaga rakyat di mana mereka mati di tangan rakyat sendiri sepertimana kes Arwah Adib dahulu.

Isu haramnya arak bukan isu peluru politik sesiapa

Terlebih dahulu, Islam sejak 1,400 tahun lampau telah pun mengharamkan arak atas pelbagai keburukan dan kerosakan berimplikasi dari pengambilannya. Isu menyelar budaya mabuk dan memandui dalam keadaan mabuk bukan peluru politik sesiapa.

Ia mungkin buah bagi kaum munafik untuk melagakan umat Islam. Mengutuk perbuatan memandu dalam kadaan mabuk malah mengutuk arak itu sendiri adalah satu tindakan yang perlu konsisten bagi mana-mana pihak yang mendakwa memperjuangkan Islam kerana arak jelas haram dan besar mudharatnya.

Tidak boleh kita diam semasa kita berkuasa, langsung tiada tekanan kepada kerajaan apabila kita berkuasa tetapi apabila kita hilang kuasa kita menyindir atau mendesak pula pihak lain kononnya mereka tidak tegas dalam isu arak.

Namun dalam situasi politik tidak tahu malu sekarang pemimpin politik islam sebegitu cukup bercambah.

Reaksi rakyat dan parti politik dalam isu pemandu mabuk

Janji tetapi pasif

Kita lihat janji dan usaha kerajaan PH dahulu apabila rakyat mendesak mengambil tindakan tegas kepada pemandu mabuk. Setakat 22 bulan memerintah kelihatan Anthony sahaja berminat sebut perihal tinggikan hukuman kerana melibatkan kementeriannya.

Semasa PH memerintah menteri agama PH, undang-undang, PM dan seangkatan hanya membisu dan pasif. Itu yang menyebabkan netizen mengasak hari-hari isu pemandu mabuk.

Berbeza kini PN memerintah, Menteri Undang-Undang, Perdana Menteri, Menteri Agama, kesemua senada dan memberi komitmen akan mempercepat pindaan undang-undang.

Terkini Perdana Menteri sendiri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Provok dan nada mengejek tutup kilang

Provokasi atau mengejek ngejek agar kerajaan sekarang menutup kilang arak adalah tindakan segelintir politikus atau penyokong parti yang pernah kecewa dengan PAS.

Mereka tidak lantang langsung isu arak malah hanya menunggu kenyataan Menteri Pengangkutan (DAP) sahaja yang mengeluar kenyataan sepanjanag 22 bulan pentanbiran PH.

Sedangkan yang beria ingin tutup kilang arak adalah bekas Menteri mereka yang beria ingin menutup kilang arak dalam janji politiknya.

Optimis ingin Kelantan di jadikan model

Rata-rata ahli dan pemimpin PAS akan segera merujuk model pemerintahan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat di Kelantan berdekad lamanya apabila kawalan alkohol berjaya dilaksanakan.

Secara umum konsep kelantan adalah:

Tidak mengharamkan arak bagi non muslim, kawal jualan arak.

Tidak memperomosi arak atau membenar sebarang syiar membesar-besarkan arak Kerajaan PAS Kelantan hanya mengeluarkan lesen arak menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) mengikut keperluan selain mendapat sokongan daripada wakil rakyat yang berkaitan.

Minuman ini dilarang dijual di hotel, pasar raya dan kedai runcit biasa. Namun, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pihak Berkuasa Tempatan tetap mengeluarkan permit kebenaran bagi premis tertentu menyediakan kepada pelanggan bukan Islam.

Reaksi liberalis

Memang rasa marah apabila seorang peguam wanita spontan reaksi menggesa agar ditutup tahfiz tahfz jika beranai mengharamkan arak di Malaysia.

Kadangkala kita kasihan kerana status peguamnya kelihatan tidak layak dengan lafaz lafaz begitu yang kerap beliau keluarkan.

Dalam ilmu mantik, lafaz makna iltizamiyah adalah lafaz yang ada kaitan walaupun jauh. Misalnya kaitkan pemandu mabuk dengan pembatalan lesen kereta pemandu.

Tetapi mengaitkan pemandu mabuk dengan maahad taafiz kelihatan ayat meroyan yang tiada kaitan iltizamiyyah sekalipun.

Lihat ayatnya menggunakan kaedah mantik qias kononnya tetapi menampilkan kejahilannya yang cukup ketara.

“Alcohol is not the problem. The irresponsible drinkers are the problem. Just like the Tahfiz schools are not the problem. It is the management that managed the schools are the problem. You want to ban alcohol just because it suits you? Then ban Tahfiz schools too for causing much damage to our innocent children. (FB Peguam Terbabit)

Reaksi kedua kita lihat satu reaksi bebal dan kebudak budakan dari Ahli Parlimen DAP Kuching Dr. Kelvin Yii Lee Wuen apabila beliau menulis dalam laman Facebooknya menyaran agar dihentikan penjualan kereta kerana ianya boleh menyebabkan kemalangan.

Sebenarnya komentarnya itu satu reaksi balas kepada cadangan ketua penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad yang menggesa penggantungan penjualan arak berikutan kenaikan kes kemalangan maut yang melibatkan pemandu mabuk.

Pada pandangannya PAS mungkin selalu salah mencari punca sesuatu masalah kerana beliau juga komen agar pemberhentian jualan gula juga dilaksanakan kerana ia menyebabkan kencing manis.

Ini contoh mantik dangkal liberalis yang meloncat berkomen dalam keadaan yang cukup pro kepada kebebasan arak hingga isu nyawa dianggap politik.

Statistik dan data kematian akibat pemandu mabuk

Rakyat Malaysia dilaporkan membelanja USD500 juta atau lebih kurang RM2 bilion untuk minuman keras setahun.

Pada 2011 Malaysia dinobatkan sebagai 10 negara dunia yang rakyatnya mengambil alkohol dengan kadar tinggi.

919 individu ditahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk pada tahun 2019, meningkat seramai 57 orang berbanding pada tahun 2018.

Bilangan pemandu dan penunggang di bawah pengaruh alkohol yang terlibat dalam kemalangan maut pada tahun 2016 adalah 237 orang.

Bilangan pemandu dan penunggang di bawah pengaruh alkohol yang terlibat dalam kemalangan maut pada tahun 2017 adalah 58 orang.

Pada tahun 2018 seramai 862 orang pemandu mabuk ditahan.

Statistik polis sepanjang tahun 2019 sebanyak 23 kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk.

Statistik polis sepanjang lima bulan pertama tahun 2020 sebanyak 21 kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk dicatatkan yang mana lapan mangsa meninggal dunia.

(soalan Dato Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi (Tumpat) pada 13 November 2018 kepada Menteri Pengangkutan berkenaan statistik kemalangan maut yang melibatkan pemandu mabuk.)

Polisi negara lain terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian.

Thailand

Pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian pengguna jalan raya lain perlu diwajibkan membayar pampasan kepada keluarga mangsa bagi menjamin kesinambungan hidup selepas kehilangan insan tersayang.

Bukan sahaja membayar denda, malah turut perlu membayar sagu hati wang tunai kepada setiap keluarga mangsa.

Taiwan

Pesalah dikenakan hukuman paling berat yang menyebabkan kematian dengan melaksanakan hukuman gantung sampai mati.

Kabinet negara itu meluluskan satu draf pindaan terhadap Kanun Keseksaan yang akan menjadikan kesalahan menyebabkan kematian ketika memandu dalam keadaan mabuk sebagai kesalahan bunuh.

Namun, hukuman tersebut mendapat tentangan hebat daripada kumpulan hak asasi menyebabkan ia belum dapat dilaksanakan.

Singapura

Menetapkan pesalah kali pertama dikenakan denda RM20,500 (AS$5,000) atau penjara enam bulan. Bagi kesalahan kedua, denda dan tempoh penjara boleh meningkat 500 kali ganda.

Rusia

Menggantung lesen mereka selama-lamanya.

Cadangan yang wajar dipertimbangkan:

Bagi kes kematian Koperal Sofwan ini, pemandu mabuk berkenaan Bagi kesalahan ini, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 serta tidak lebih RM20,000 jika sabit kesalahan.

Hukuman diberatkan

Undang-undang untuk pemandu mabuk adalah undang-undang yang sekian lama tiada pindaan sejak 2005. Menteri Dalam Negeri kini telah memberi jaminan akan berbincang dengan Kementerian Pengangkutan bagi menggubal undang-undang berkaitan pemandu mabuk.

Ketika ini, individu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol akan didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan berbahaya yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun sahaja serta denda tidak lebih RM20,000 sahaja.

Pindaan undang-undang- Pembelaan waris

Perdana Menteri meminta agar pindaan hukuman ini kelak akan memberi pembelaan kepada waris keluarga mangsa kemalangan yang terjejas akibat pemandu mabuk.

Menurut Dato Takiyuddin Hassan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Parlimen dan Undang-Undang, cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang dimuktamadkan oleh Kementerian Pengangkutan dibawa ke persidangan Parlimen terdekat.

Pindaan yang dibuat bukan sahaja membabitkan peruntukan berkaitan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian, iaitu Seksyen 44 (Akta 333), malah juga yang memandu bawah pengaruh alkohol atau apa apa bahan memabukkan mengikut Seksyen 45 akta sama, walaupun tidak terlibat dalam apa-apa kemalangan.

Akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara supaya kes yang melibatkan kematian angkara turut disiasat dan dituduh mengikut Kanun Keseksaan, termasuk Seksyen 302, iaitu menyebabkan kematian dengan sengaja ataupun Seksyen 307, iaitu cubaan membunuh dengan niat dalam kes pemandu mabuk ini.

Di samping itu, pihak polis akan disaran membantu keluarga mangsa kemalangan maut akibat pemandu mabuk membuat tuntutan sivil di mahkamah sebagai hak mereka di sisi undang-undang.

Dengan meningkatkan kadar denda dan hukuman penjara selepas pindaan dibuat, Jabatan Peguam Negara boleh mendakwa pesalah di Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa yang lebih tinggi.

Kawalan alkohol

Kawalan alkohol sebegaimana dilaksana di Kelantan boleh dilaksanakan. Misalnya pendahuluan kini dihapuskan jualan alkohol di kedai serbaneka dan kedai 24 jam kerana ia bukannya bahan ringan atau keperluan asas rakyat.

Ia boleh dilaksanakan dibeberapa negeri majoriti umat Islam sebagai pendahuluan dan tindakan awal mempromosi agenda ini.

Turun bacaan ambang BAC

PAS Sarawak ada mencadangkan agar pihak kerajaan menurunkan ambang BAC kepada yang lebih rendah daripada tahap 0.08 peratus sedia ada untuk mengurangkan risiko pemanduan berbahaya dan membawa maut.

Dengan menurunkan level BAC ini pihak yang ada sedikit pengaruh alkohol turut sangkut dan tidak dibenar membawa kenderaan.

World Health Organization (WHO) sendiri telah meletakkan piawaian ambang BAC pada tahap 0.05 peratus.

Piawaian itulah yang digunakan oleh kerajaan Belanda dan New Zealand. Kertas fakta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan tiada paras selamat bagi minuman alkohol dan setiap kali seseorang mengambilnya.

MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH – HARAKAHDAILY 6/6/2020

- Advertisement -