LKK PAS Teluk Intan santuni pemandu bas, teksi

- Advertisement -

TELUK INTAN: Misi kebajikan Lajnah Kebajikan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Teluk Intan kali ini telah menyantuni 45 pemandu bas ekspres dan teksi di sini semalam.

- Advertisement -

Ia sebagai cakna kebajikan terhadap golongan tersebut yang terkesan ketika pandemik Covid-19.

Sumbangan disampaikan kepada mereka di Terminal Bas Bandar Baru Teluk Intan di sini pagi semalam oleh Yang Di-Pertua Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik dan Naibnya, Azhar Rafie.

Turut hadir pada pagi tersebut ialah Ketua Lajnah Kebajikan PAS kawasan Muhammad Lutfi Shamsudin dan Ketua Dewan Muslimat Robi’atun Mohd Abas serta beberapa ajk LKP Teluk Intan.

Sebanyak 45 bungkusan berisi beras dan barangan dapur telah diserahkan kepada para pemandu bas dan teksi yang hadir pagi itu.

Menurut Pengerusi Kebajikan Tuan Punya Dan Pemandu Kereta Sewa Melayu Hilir Perak , Arjami Ali , sejak Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) berkuat kuasa 18 Mac lalu, sudah lebih dua bulan para pemandu teksi sekitar Teluk Intan hilang mata pencarian.

” Pemilik kereta Sewa tambah terbeban kerana mereka juga terpaksa menanggung bayaran cukai jalan dan insurans kereta sewa milik mereka walaupun kehilangan pelanggan disepanjang PKP ini,” katanya.

“Begitu juga dengan pemandu-pemandu bas ekspres yang terjejas sumber pendapatan mereka kerana tiada orang yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres ketika ini”, kata beliau mengakhiri perbualan.

Beliau mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak PAS Kawasan terhadap golongan seperti mereka dan berharap PKP ini akan segera dapat ditamatkan supaya tugas harian mereka dapat beroperasi semula. – HARAKAHDAILY 6/6/2020

- Advertisement -