Lagi serbuan ke atas perniagaan warga asing

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pihak Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus membuat pemantauan serta mengempur penjaja warga asing yang masih berdegil menjaja di kawasan Pusat Bandar Utara.

Selain itu, pihak DBKL akan terus membuat pemantauan dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap warga asing yang masih berdegil.

- Advertisement -

Manakala, tindakan sita dan kompaun akan dikeluarkan terus oleh pihak DBKL ke atas aktiviti menjaja bagi bukan warganegara.

Ini bagi memastikan aktiviti golongan itu serta penggunaan tenaga kerja bukan warganegara tidak berkembang.

Sebelum itu, seawal jam 8:30 pagi hari ini, pihak DBKL telah membuat tindakan sita ke atas penjaja bukan warganegara yang menjalankan aktiviti di Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara.

Manakala seorang pelesen telah diberikan notis di bawah kesalahan Seksyen Undang-Undang Kecil (UUK) 3 dan Seksyen 20(1)(b) kerana menggajikan pekerja bukan warga negara.- HARAKAHDAILY 5/6/2020

- Advertisement -