Beku lesen arak, kaedah berkesan kekang pemandu mabuk

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan tidakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak merupakan satu kaedah yang berkesan bagi mengawal pemandu mabuk.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad, tindakan tersebut adalah munasabah memandangkan isu membabitkan pemandu mabuk mempunyai kaitan dengan lokasi atau premis untuk mendapatkan minuman keras itu.

“Isu pemandu mabuk ini melibatkan beberapa komponen. Pertama, tempat untuk mendapatkan arak. Kedua, kaedah atau tempat minum arak dan yang ketiga melibatkan pemanduan dalam keadaan mabuk.

- Advertisement -

“Jadi, untuk mengawal kejadian buruk pemandu mabuk ini, kita perlu mengawal ketiga-tiga punca ini, punca untuk mendapatkan, tempat atau lokasi minum dan ketiga memandu di dalam keadaan mabuk itu sendiri,” ujarnya kepada HarakahDaily.

Oleh itu katanya, sekiranya kerajaan mahu mengawal insiden-insiden atau kemalangan melibatkan pemandu mabuk, beliau berpendapat bahawa ia merupakan satu kaedah yang berkesan dengan mengawal penjualan arak yang menurutnya dilihat begitu berleluasa hari ini terutamanya di bandar-bandar Kuala Lumpur.

Justeru itu, beliau mewakili PAS menyokong sepenuhnya cadangan tersebut dengan harapan tindakan susulan daripada pihak kerajaan dapat mengekang atau mengawal kejadian yang tidak di ingini daripada terus berulang.

Awal Jun ini, Annuar Musa mencadangkan supaya kerajaan membekukan pengeluaran lesen baharu penualan arak sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan selain memperketatkan lesen premis yang dikeluarkan.

Cadangan tersebut timbul susulan berlakunya beberapa kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk sehingga menyebabkan mangsa mati ditempat kejadian.

Susulan daripada cadangan tersebut, DBKL antara yang terawal menyahut cadangan tersebut dengan membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras di ibu kota.- HARAKAHDAILY 5/6/2020

- Advertisement -