Mangsa pemandu mabuk wajar dibayar pampasan

- Advertisement -

ALOR SETAR: “Dalam hal ini, perlu difahami, arak diharamkan kepada orang Islam. Jelas haram, tetapi tidak kepada agama lain.

“Orang bukan Islam boleh minum arak dan pendekatan sebegini telah 30 tahun dilaksanakan di Kelantan.

“Di sana (Kelantan), arak boleh dijual kepada orang bukan Islam tetapi dengan cara tertentu,” kata Menteri Besar Kedah.

- Advertisement -

Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan Kedah mengambil ketetapan menyokong kerajaan pusat berkenaan isu arak yang hangat diperkatakan sekarang.

Menurutnya negeri itu mengambil pendirian mementingkan nyawa orang ramai.

“Cuma di Kedah khususnya di Langkawi, kemalangan jalanraya berpunca pemandu mabuk tidak seperti di negeri lain.

“Namun kita tetap memandang serius perkara itu dan menyokong cadangan agar keluarga mangsa kemalangan berpunca pemandu mabuk diberi pampasan,” ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman semalam.

Baru-baru ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarah Kementerian Pengangkutan merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.- HARAKAHDAILY 4/6/2020

- Advertisement -