Kubang Kerian Bandar D’Raja Al-Muhammadi

- Advertisement -

KOTA BHARU: Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040 merancang menjadikan Kubang Kerian sebagai Bandar Diraja Kelantan dan pelancongan warisan kebudayaan.

Kawasan berkenaan membabitkan keluasan 480.12 hektar dan dibahagikan kepada empat Mahallah D’Raja (MD) yang mempunyai Blok Perancangan Kecil (BPK).

- Advertisement -

MD 1 seluas 131.60 hektar terdiri daripada BPK Kenali, Chicha, Pulau dan Wakaf Stan. MD 2 pula seluas 37.59 hektar hanya mempunyai BPK Kenali.

MD 3 seluas 69.53 hektar terdiri dari tiga MPK iaitu Kenali, Pulau dan Wakaf Stan, manakala Telok Bharu, Kenali dan Demit merupakan DM 4 seluas 241.40 hektar.

Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Kelantan Hassan Yaakob berkata, pemilihan Kubang Kerian kerana lokasi terbabit mempunyai dua istana yang menjadi mercu tanda.

Katanya di lokasi tersebut terdapat Istana Negeri Kelantan dan Istana Mahkota.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Mac 2017 mengeluarkan keputusan supaya Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyediakan pelan bagi merealisasikan cadangan pembangunan Kubang Kerian Bandar D’Raja Al-Muhammadi,” katanya program Ceria Pagi di Kelantan FM hari ini.

Turut bersama Yang Dipertua MPKB-BRI Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.- HARAKAHDAILY 4/6/2020

- Advertisement -