Kelantan kawal jual arak sejak 1990

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merangka dasar-dasar dan peraturan-peraturan bagi mengawal penjualan arak sejak 30 tahun lalu.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, peraturan penjualan arak di Kelantan turut menghormati hak orang bukan Islam.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri mengawal penjualannya tidak secara terbuka.

“Kita kawal antaranya tidak boleh dijual secara terbuka di premis awam, hanya boleh dijual di kedai tertentu sahaja yang khusus untuk orang bukan Islam.

“Penjualan arak juga mengambil kira keperluan serta jumlah orang bukan Islam dalam sesuatu kawasan, kini jumlah lesen yang dikeluarkan mencukupi dengan keperluan mereka,” katanya selepas mesyuarat
Exco di kediaman rasmi Menteri Besar (JKR 10) semalam.

Isu arak diperkatakan semula ekoran kejadian pemandu mabuk mengakibatkan kemalangan maut semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Baru-baru ini Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS Kelantan Lim Guan Seng mencadangkan negeri-negeri lain mencontohi Kelantan mengawal penjualan arak. – HARAKAHDAILY 4/6/2020

- Advertisement -