Kedah bantu kontraktor kelas G

- Advertisement -

ALOR SETAR: Bagi membantu kontraktor kelas G (1) yang terjejas akibat penularan Covid-19, kerajaan negeri membuka peluang bagi melaksanakan kira-kira 413 projek.

- Advertisement -

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, projek terbabit melibatkan peruntukan sebanyak RM33.46 juta.

Katanya, ia sebagai tawaran program rangsangan ekonomi negeri yang melibatkan setiap projek yang ditawarkan bernilai antara RM20,000 hingga RM150,000.

“Kontraktor yang berminat boleh mendaftar secara online di web Pejabat Kewangan Negeri bermula jam 12.01 pagi (4 Jun).

“Undian akan dilakukan pada 9 Jun juga secara online,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kali ketiga di Wisma Darul Aman, semalam.

Menurutnya juga tawaran tersebut membabitkan pelbagai projek di bawah kerajaan negeri.

Sanusi juga berkata, kerajaan negeri masih menunggu keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) urusniaga di peniaga pasar malam dan pekan sehari sekiranya dibenarkan nanti.

“Dijangka ketetapan itu akan diketahui Sabtu ini. Jadi kerajaan negeri perlu menunggu keputusan MKN terlebih dahulu,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/6/2020

- Advertisement -