PKPB: RM1.23 juta bantu sekolah persendirian

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.23 juta bagi membantu sekolah-sekolah persendirian yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ekoran wabak Covid-19.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, seramai 4,146 kakitangan sekolah persendirian sama ada peringkat rendah, menengah, institusi pondok, tahfiz dan pra-sekolah akan mendapat manfaat tersebut.

- Advertisement -

Katanya, situasi sekarang tidak memungkinkan tenaga pengajar dan kakitangan sekolah tersebut berhenti kerana ia akan menimbulkan masalah apabila sekolah beroperasi nanti.

“Peruntukan tersebut diluluskan hari ini. Kerajaan negeri sedia mempertimbangkan untuk bulan-bulan akan datang selagi sesi persekolahan tidak beroperasi akibat PKPB,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman hari ini.

Beliau juga berharap sekolah-sekolah persendirian terbabit mendaftar di bawah Jabatan Agama Islam untuk membolehkan bantuan disalurkan kepada mereka.- HARAKAHDAILY 3/6/2020

- Advertisement -