COVID-19: 61 kes sembuh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 61 kes sudah sembuh jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 6,531 atau 81.94 peratus daripada keseluruhan kes.

- Advertisement -

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 93 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 7,970 keseluruhan kes.

“Daripada 93 kes tersebut adalah merupakan kes jangkitan penularan tempatan, 91 daripadanya adalah bukan daripada warganegara Malaysia.

“Sebanyak 55 kes merupakan daripada Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil dan 36 kes adalah daripada Kluster Pedas, Negeri Sembilan.

“Hanya dua kes yang melibatkan warganegara Malaysia iaitu satu kes saringan pelajar tahfiz manakala satu lagi daripada Kluster Pasar. Tiada kes import yang yang mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan,” katanya pada sidang media hari ini.

Demikian itu, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,324 kes.

Hingga kini, ada enam kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, tiada kematian baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, ini bermakna jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 115 atau 1.44 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan.- HARAKAHDAILY 3/6/2020

- Advertisement -