Muslimat ziarah keluarga mangsa lemas

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Skuad Prihatin Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) telah mengadakan Ziarah Prihatin kepada keluarga mangsa lemas di Kampung Kuala Telemong, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Ia bagi menzahirkan keprihatinan PAS terhadap keluarga mangsa yang telah kehilangan ketiga-tiga anak mereka dalam tragedi mengorbankan Khalif Naim Mohd, 16, Khairil Firdaus Mohd, 17, dan Umar Iskandar Mohd, 21.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila Khalif jatuh tergelincir ketika cuba membasuh kaki di muara sungai tersebut di mana kedua-dua abangnya yang cuba membantu, namun turut terjatuh dan lemas.

Ketiga-tiga beradik tersebut dikatakan amat rapat dan mereka juga merupakan anak soleh kerana sentiasa membacakan al-Quran buat arwah ibunya pada setiap malam sejak Khalif berumur 4 tahun lagi.

Ziarah tersebut dipimpin Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama ADUN Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor dan Khadijah Mahmud, Pengerusi Kelab Assabiqat, Khadijah Mahmud dan EXCO Muslimat, Zurina Din.

Di kesempatan itu, Ustazah Nuridah menyerahkan sumbangan buat bapa mangsa, Mohamad Ismail dan berharap mereka sekeluarga sabar dan tabah dalam menghadapi ujian kematian melibatkan ketiga-tiganya. – HARAKAHDAILY 2/5/2020

- Advertisement -