Arak: Konsisten bantah, sokong tindakan penyelesaian

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menegaskan bahawa pendirian selama ini berhubung isu arak adalah konsisten iaitu tegas membantah apa sahaja aktiviti berkaitan arak.

Dalam tempoh 5 bulan ini, kejadian yang melibatkan kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk semakin membimbangkan. Ini terbukti apabila rakyat membangkitkan suara serta pandangan agar:

(i) Dipertingkatkan hukuman yang berat dan setimpal ke atas pesalah.
(ii) Had kawalan tempat minum arak bagi non-Muslim yang terhad dan tertutup di kediaman masing-masing sahaja.

- Advertisement -

DPPNS menyokong apa sahaja tindakan yang baik berhubung isu ini seperti beberapa reaksi dan tindakan awal yang telah diambil oleh pihak Kerajaan pada hari ini, antaranya:

(i) Berita Harian bertarikh 29 Mei 2020: Cadangan pindaan Akta 433 dibawa ke sidang Parlimen terdekat – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).

(ii) Berita Harian bertarikh 30 Mei 2020: PM arah pinda akta hukuman lebih berat pemandu mabuk.

(iii) Bernama bertarikh 1 Jun 2020: Bekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak – Menteri Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini, DPPNS telah mengeluarkan Kenyataan Media yang menjelaskan pendirian rasmi menerusi Ketua Pemuda DPPNS, Ustaz Hanafi bin Zulkapli berhubung isu-isu semasa berkaitan arak. Pendirian yang ditunjukkan ini jelas konsisten dan tegas kerana isu membantah arak merupakan perintah agama dan sememangnya jelas arak merupakan punca masalah yang memudaratkan.

Berikut adalah siri-siri pendirian DPPNS menerusi Kenyataan Media yang telah dikeluarkan sebelum ini:

28 Mei 2020: Gantung Serta Merta Lesen Penjualan Arak
https://www.facebook.com/225685927482720/posts/3357228737661741/

3 Mei 2020: Jangan Benarkan Aktiviti Berkaitan Arak Beroperasi Sepanjang PKP
https://www.facebook.com/225685927482720/posts/3288174997900449/

6 April 2020: Isu pembatalan operasi kilang arak Heikenen Malaysia Berhad. – Terima Kasih Kepada Kerajaan Kerana Cakna Kebimbangan Rakyat.
https://www.facebook.com/225685927482720/posts/3223920304325919/

6 April 2020: Tarik Balik Kebenaran Kilang Arak Beroperasi
https://www.facebook.com/225685927482720/posts/3223605304357419/

16 Februari 2020: Pemandu Mabuk, Tutup Segala Punca, Tingkatkan Hukuman
https://www.facebook.com/225685927482720/posts/3107758379275446/

11 November 2019: Wujudkan Dasar Larangan Minum Arak Secara Terbuka Di Tempat Awam
https://www.facebook.com/225685927482720/posts/2868336353217651/

“Demi Islam”
“Bangkit: Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah”

USTAZ DR MUHAMAD ZUHAILI SAIMAN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 2/6/2020

- Advertisement -