Covid-19: 51 kes sembuh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah kes baharu positif Covid-19 hari ini adalah sebanyak 38 kes menjadikan jumlah keseluruhan adalah 7,857 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 38 kes baharu yang dilaporkan, 26 melibatkan kes import dan baki 12 adalah kes penularan tempatan iaitu 6 kes melibatkan bukan warganegara dan 6 lagi adalah warganegara.

- Advertisement -

Katanya, kesemua mereka sudah diasingkan dan sedang menerima rawatan.

Manakala katanya, sebanyak 51 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,404 bersamaan 81.51 peratus daripada keseluruhan kes.

Demikian itu menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,338.

Sebanyak 8 kes dirawat di ICU dan 2 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa tiada kematian baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah korban akibat pandemik Covid-19 kekal sebanyak 115 kes.- HARAKAHDAILY 1/6/2020

- Advertisement -