SOP makan di restoran akan dikeluarkan

Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Rakyat negeri Terengganu akan dibenarkan untuk menjamu selera di kedai makan dan restoran dalam masa terdekat.

Menteri Besarnya, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri kini sedang merangka persiapan dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi sebelum kebenaran dikeluarkan.

- Advertisement -

Insya-Allah, kerajaan negeri akan membenarkan makan di kedai makan dan restoran secara ‘dine in‘.

“SOP dan persiapan sedang dibuat. Paling penting adalah persediaan minda iaitu dalam kalangan peniaga dan pengunjung,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Walau bagaimanapun katanya, kebenaran tersebut tidak membenarkan pengunjung untuk bersembang dalam tempoh masa yang lama demi menjaga keselamatan dan kesihatan.

“Kebenaran diberi bukan untuk duduk bersembang berjam-jam dengan hanya secawan teh tarik sahaja,”

“Adalah sangat penting untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak terjaga,” jelasnya lagi.

Katanya, keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat.- HARAKAHDAILY 29/5/2020

- Advertisement -