KFA: Komitmen MB diyakini kembalikan kegemilangan

- Advertisement -

LAJNAH Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (LESTARI) PAS Kedah mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor di atas keprihatinan dan komitmennya membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Pihak LESTARI dan bersama DACS negeri ini memberi sepenuh kepercayaan terhadap beliau dan yakin kemelut yang melanda KFA dapat diatasi segera.

Kita juga berbangga apabila KFA menjadi salah satu agenda utama Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah walaupun persatuan itu bukan agensi Kerajaan.

- Advertisement -

Tidak dapat disangkal, bola sepak adalah antara sukan nombor satu bagi rakyat Negeri Kedah dan ia membantu menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dari tanpa mengira fahaman politik, usia, kaum dan agama.

Masih segar dalam ingatan kegemilangan menjadi ‘double tripple’ semasa pemerintahan Al-Marhum YAB Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di mana ketika itu beliau juga memastikan Presiden KFA.

Semoga kepimpinan Kerajaan PN Kedah sekarang dapat mengembalikan kegemilangan itu dan membawa KFA ke tahap lebih baik dari sekarang.

Justeru itu, LESTARI juga mengharapkan agar Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dapat melepaskan jawatan sebagai Presiden persatuan itu agar kelangsungan komitmen Kerajaan yang baharu ini dapat direalisasikan dengan lebih mudah dan lancar.

Sehubungan itu LESTARI berkeyakinan penuh, Kedah di bawah kepimpinan Menteri Besar yang baharu akan memberi sokongan yang padu untuk memastikan membawa Pasukan Bola Sepak Negeri Jelapang Padi ke mercu kejayaan.

“Islam Memimpin Perpaduan”

MUHAMMAD RADHI MAT DIN
Pengerusi LESTARI PAS Kedah
05 Syawal 1441H / 28 Mei 2020 – HARAKAHDAILY 28/5/2020

- Advertisement -