Balik kampung: 824 kenderaan diarah patah balik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 824 kenderaan cuba merentas negeri untuk balik kampung diarahkan berpatah balik oleh pihak Polis Diraja Malaysia di 155 sekatan jalan raya yang diadakan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob terdapat peningkatan jumlah kenderaan yang cuba merentas negeri daripada hari sebelumnya iaitu 738 sahaja.

- Advertisement -

Katanya, antara negeri yang mencatatkan jumlah tertinggi cubaan renas negeri ialah negeri Selangor dengan 284 kenderaan, selain Kedah (122) dan Melaka (113) kenderaan.

“Semalam PDRM telah menahan 136 individu, yang mana 75 individu direman dan 61 individu telah dijamin keranan ingkar arahan Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya dalam sidang media harian PKPB sebentar tadi.

Jelasnya, pihak PDRM juga turut mengenakan kompaun kepada 534 individu di atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB.

Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu sebanyak 266 kompaun telah dikeluarkan di balai polis dengan 25 kompaun kerana ziarah Aidilfitri dan 268 kompaun dikeluarkan di lapangan serta 257 kompaun dikeluarkan di sekatan jalan raya.

“Justeru saya ingin ingatkan supaya semua pihak untuk mematuhi arahan yang di keluarkan oleh kerajaan. Kerjasama dan kawalan kendiri semua pihak amat penting dalam memerangi COVID-19,” ujarnya- HARAKAHDAILY 27/5/2020

- Advertisement -