COVID-19: 62 sembuh, 187 kes baharu

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Sebanyak 62 kes sudah sembuh jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 6,041 atau 79.45 peratus daripada keseluruhan kes.

- Advertisement -

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 187 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 7,604 keseluruhan kes.

“Daripada 187 kes tersebut, 10 merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, 177 merupakan kes jangkitan tempatan dan 173 kes merupakan bukan daripada warganegara Malaysia.

“155 kes dikesan di depoh tahanan imigresen di Bukit Jalil,” katanya semasa sidang akhbar di sini ini.

Demikian itu, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,448 kes.

Hingga kini, ada lapan kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, tiada kematian baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, ini bermakna jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 115 atau 1.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan.- HARAKAHDAILY 26/5/2020

- Advertisement -