Semarak Aidil Fitri di musim COVID-19

- Advertisement -

LUMUT: PAS Kawasan Lumut melalui Lajnah Penerangan telah menggerakkan semua PAS Cawangan untuk menggantung banner Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2020 bermula semalam, di sini.

- Advertisement -

Banner ini telah digantung di lokasi utama yang merupakan jalan masuk ke Daerah Manjung seperti Segari, Sungai Wangi dan Lekir, termasuk beberapa laluan kampung di dalam kawasan Lumut.

Sebanyak 24 PAS Cawangan termasuk di Pulau Pangkor telah menyahut seruan ini sempena Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak lama lagi secara bersepakat sesama ahli PAS Cawangan.

Menurut Ketua Penerangan PAS Lumut, Awis Kharni Husain, program Semarak Aidil Fitri ini diharapkan dapat menambahkan keceriaan suasana menyambut Hari Lebaran bagi penduduk setempat.

Khususnya kata beliau, di kawasan perkampungan yang ketidakpulangan anak-anak ke kampung halaman disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 pada tahun ini.

“Ianya dapat mewujudkan dan menambahkan keceriaan hati penduduk kampung yang tidak dapat melakukan ziarah seperti amalan biasa Aidil Fitri sebelum ini,” ujar beliau

Yang DiPertua PAS Lumut juga Ahli Majlis Daerah Manjung, Rosli Abdul Rahman turut serta meninjau ahli-ahli PAS Lumut menggantung banner bagi menambah kemeriahan program semarak Aidil Fitri tahun ini. – HARAKAHDAILY 23/5/2020

- Advertisement -