PAS Jerai hargai kakitangan khidmat awam

- Advertisement -

JERAI: PAS Kawasan Jerai bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jerai telah mengadakan program Lebaran Kasih Aidil Fitri bertempat di Dewan Dato’ Madi, Yan, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Majlis bertujuan menyerahkan sumbangan hari raya kepada kakitangan jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan serta negeri yang berada dalam Parlimen ini.

Ianya sekali gus sebagai menghargai khidmat bakti telah diberikan kakitangan setiap jabatan berkenaan kepada penduduk dalam Parlimen ini termasuk ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Serahan sumbangan telah disampaikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit dan ADUN Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat serta Yang DiPertua PAS Jerai, Ustaz Musoddak Ahmad.

Pada majlis ini, walaupun anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia menjadi antara penerima sumbangan, mereka ketika sama menyelia prosedur operasi standard (SOP) PKP agar dipatuhi.

Ustaz Sabri dalam ucapannya menyuntik semangat agar semua kakitangan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk penduduk, sebagaimana juga iltizam Kerajaan PN terhadap rakyat tanpa mengira latarbelakang.

Beliau juga berharap mereka berkhidmat dengan ikhlas dan bertujuan memberi kemudahan kepada orang lain kerana ia akan dikira sebagai ibadah dan bakal menikmati ganjaran di akhirat pula. – HARAKAHDAILY 23/5/2020

- Advertisement -