Menteri agih 400 kg ikan di Hulu Besut

- Advertisement -

BESUT: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairudin Aman Razali telah menyampaikan sumbangan 400 kilogram ikan segar kepada penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut.

- Advertisement -

Disamping itu 200 penerima ikan segar itu juga turut menerima sumbangan barangan keperluan harian.

Program yang dijalankan melalui kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Ekonomi Rakyat Terengganu (Pekerti) itu diadakan di Dewan Terbuka Dato’ Seri Idris Jusoh, Kg Darau di sini dan juga di Perkampungan Ubudiah Kg Pasir Akar, Jerteh semalam.

Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas, Ust Zamani Al Besuty yang mewakili menteri tersebut.

Ustaz Zamany Al Besuty (tengah) menyampaikan sumbangan mewakili menteri

Turut serta Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohammad.

Untuk makluman DUN Hulu Besut adalah DUN yang terletak di bawah Parlimen Besut dimana ramai keluarga berpendapatan rendah di kawasan ini

Sumbangan ikan segar dan barangan keperluan harian sedikit sebanyak membantu mereka yang amat memerlukan.

Terpancar kegembiraan di raut wajah penerima semasa sumbangan diberikan.- HARAKAHDAILY 23/5/2020

- Advertisement -